KENYATAAN RASMI: PENGUMUMAN PORTFOLIO AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR SESI 2018/2019

KENYATAAN RASMI: PENGUMUMAN PORTFOLIO AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR SESI 2018/2019

0

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan limpah rahmat-Nya dan kurnia-Nya pada hari ini dapat kita menikmati segala kenikmatan yang tidak terhitung bilangannya. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang telah membawa manusia mengenal Ilahi dan mengajar manusia untuk mengejar reda Allah SWT melalui agama Islam.
Alhamdulillah, Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) kali ke-5 pada tanggal 16 Februari telah berlangsung dengan jayanya. Semoga setiap apa yang diperbahas dan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut akan membuahkan hasil dan membawa PCA lebih terkehadapan. Bertepatan dengan itu, tampuk kepimpinan PCA telah bertukar tangan dan akan diterajui oleh semangat-semangat baharu yang akan mengemudi bahtera ini dalam meneruskan penyebaran Islam di bumi al-Azhar.

Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-4, Fasal 28, Nombor 1 (c):
“Pembahagian jawatan-jawatan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dalam mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan kecuali jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.”

Oleh itu, berikut merupakan portfolio yang telah dipersetujui bersama:
Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) 2018/2019

BIL JAWATAN NAMA
1. PENGERUSI ABDUL MUSTAQIM BIN MOHAMAD KHALIL
2. TIMBALAN PENGERUSI KHALIS SHAHIRAH BINTI MOHAMED HAFIZ
3. NAIB PENGERUSI I ABU BAKAR AL SIDDIQ BIN MOHAMED
4. NAIB PENGERUSI II NURIN JAZLINA BINTI MOHD ISMAIL
5. SETIAUSAHA ABDUL AZIZ BIN AKMAL
6. TIMBALAN SETIAUSAHA SYIFA’ BINTI HAIRUL ANWAR
7. BENDAHARI & BIRO EKONOMI MUHAMMAD AZHAN BIN ONN @ NOR AZHARI
8. TIMBALAN BENDAHARI & BIRO EKONOMI WAN AIDA JAZMIN BINTI WAN AHMAD JAZLAN
9. KETUA BIRO AKADEMIK SYED MOHAMAD ASLAM HUSAINI BIN SYED BAHRIM
10. TIMBALAN KETUA BIRO AKADEMIK NUR AQILLAH BINTI AYOB
11. KETUA BIRO PEMBANGUNAN INSAN MUHAMMAD FITRI HAKIM BIN AB. RAZAK
12. TIMBALAN KETUA BIRO PEMBANGUNAN INSAN WAN HAFFZAN PUTRI BINTI WAN MOHD LOTPI
13. KETUA BIRO PENERBITAN DAN PENERANGAN NOOR AIMAN BIN AB MALEK
14. TIMBALAN KETUA BIRO PENERBITAN DAN PENERANGAN NUR HANNANI BINTI MOHAMMED ALAM
15. KETUA BIRO KEBAJIKAN & BIRO PERUMAHAN EIZZUL FAHMI BIN BADLISHAH
16. TIMBALAN KETUA BIRO KEBAJIKAN & BIRO PERUMAHAN A’FAF BINTI OTHMAN
17. KETUA BIRO SUKAN & AKTIVITI LUAR MUHAMMAD SAFWAN BIN KHAIRUL ANWAR
18. TIMBALAN KETUA BIRO SUKAN & AKTIVITI LUAR NOR SYAHINDAH BINTI MD NIZAM

 

Dengan pengumuman yang dibuat ini, maka bermulalah gerak kerja barisan pimpinan untuk berkhidmat kepada ahli seterusnya membawa PERUBATAN Cawangan al-Azhar sesi 2018/2019 ke arah perubahan dan transformasi yang lebih baik daripada sesi-sesi sebelumnya. Kami barisan pimpinan PCA sesi 2018/2019 berharap agar semua ahli memberi kerjasama dan sepenuh komitmen dalam menjayakan agenda kesatuan yang kita impikan. Sebagai pengakhiran, suka untuk saya mengajak kita semua hayati hadis Rasulullah SAW.
Baginda bersabda:
“Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

 

سيرو على بركة الله
Sekian, terima kasih.

 

“PCA: Unity in Diversity”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

 

Abdul Mustaqim bin Mohamad Khalil,
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?