[KENYATAAN RASMI: Taakhi Batch]

0

TAAKHI BATCH

MAJLIS KETUA BATCH

PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR 2017/2018

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Alhamdulillah, segala puji dan syukur bagi Allah, Tuhan semesta alam yang telah menganugerahkan kepada kita dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Tidak lupa juga nikmat kesihatan yang kita kecapi saban hari yang membolehkan kita meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai penuntut ilmu Allah di muka bumi ini.

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang dibawakan oleh an-Nu’man bin Basyir r.a:

مَثَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ فِى تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ، إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ، تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهْرِ وَالْحُمَّى.

 (أَخْرَجَهُ الْبُخَارِي وَمُسْلِمٌ وَاللَّفْظُ لِمُسْلِم)

Perumpamaan kaum mukmin dengan yang lainnya dalam hal saling mencintai, saling menyayangi dan saling berlemah-lembut di antara mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila salah satu anggota badan sakit, maka semua anggota badannya juga merasa demam dan tidak boleh tidur.

[HR. Bukhari dan Muslim, sedangkan lafaznya adalah lafaz Imam Muslim].

Hadis ini secara jelas memberikan gambaran betapa Islam sangat memandang penting persoalan ukhuwah dan kesatuan. Pentingnya untuk kita mula membina, mengeratkan tautan ukhuwah dan kasih sayang sesama kita berpaksikan agama Islam yang mulia.

Cuba kita imbas sejarah perkembangan Islam, ternyata pembinaan ukhuwah itu teramat penting dalam memastikan kelangsungan dan kelancaran penyebaran dakwah Islam kepada manusia. Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW setelah Baginda tiba ke bumi Madinah. Antara perkara terawal Baginda lakukan ialah mentaakhikan antara kaum Muhajirin dan Ansar. Hal ini tidak lain tidak bukan kerana ingin menguatkan Islam dengan tali kesatuan berlandaskan akidah yang benar lagi sejahtera.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) Sesi 2017/2018 akan meneruskan Sistem Taakhi Batch di bawah Majlis Ketua Batch (MKB). Taakhi Batch ini akan berlangsung sehingga tamat sesi pengajian 2017/2018 (Januari – Oktober 2018).

 Antara tujuan sistem taakhi adalah:

  1. Mengeratkan ukhuwah serta kesatuan dalam kalangan ahli tanpa mengira jurusan.
  2. Menjalankan aktiviti bersama taakhi seperti bersukan, jaulah dan ziarah.
  3. Mengadakan perbincangan bersama taakhi dalam menyelesaikan sebarang masalah pembelajaran, masalah dalam batch dan sebagainya.
  4. Berkongsi pengalaman seperti cara belajar yang efektif dan sebagainya.

Butiran lanjut Taakhi Batch adalah seperti berikut:

 

SISWA

BIL. TAAKHI BATCH
1. Pra pergigian &Tahun 1 Pergigian Bersama Tahun 2 perubatan
2. Tahun 2 pergigian Bersama Tahun 1 & 3 perubatan
3. Tahun 3 & 4 pergigian Bersama Tahun 5 perubatan
4. Tahun 4 perubatan Bersama Tahun 6 perubatan

 

SISWI

BIL. TAAKHI BATCH
5. Pra pergigian Bersama Tahun 1 perubatan
6. Tahun 1 pergigian Bersama Tahun 2 perubatan
7. Tahun 2 pergigian Bersama Tahun 3 perubatan
8. Tahun 3&4 pergigian Bersama Tahun 5 perubatan
9. Tahun 4  perubatan Bersama Tahun 6 perubatan

 

Akhir kata, marilah kita sama-sama manfaatkan sistem taakhi ini dengan sebaiknya. Semoga dengan usaha ini dapat menyingkap kembali sirah persahabatan baginda SAW suatu ketika dahulu dan menguatkan ikatan antara satu sama lain.

Sekian, terima kasih.

“Perancangan Berstrategi, Pengurusan Berintegriti”

“PCA: Stronger As One”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Yang menjalankan tugas,

NORILMI BIN JUZULI,
Naib Pengerusi I,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2017/2018.

MASIRAH BINTI MOHD AMIN,
Naib Pengerusi II,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2017/2018.

 

 

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?