KENYATAAN RASMI: PEMANGKUAN PORTFOLIO BIRO EKONOMI

KENYATAAN RASMI: PEMANGKUAN PORTFOLIO BIRO EKONOMI

0

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, marilah sama – sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan limpah rahmat-Nya dan kurnia-Nya pada hari ini dapat kita menikmati segala kenikmatan yang tidak terhitung bilangannya. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang telah membawa manusia mengenal Ilahi dan mengajar manusia untuk mengejar reda Allah SWT melalui agama Islam.

 

Pada 1 Oktober 2017 yang lalu, pihak Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan al-Azhar telah menerima surat perletakan jawatan daripada Ketua Biro Ekonomi yang ditujukan kepada Pengerusi PERUBATAN Cawangan al-Azhar. Sebab utama yang telah dikemukakan ialah masalah kesihatan yang dihadapi oleh beliau.

 

Selain daripada itu, Timbalan Ketua Biro Ekonomi turut menghantar surat perletakan jawatan beliau pada tarikh 24 Oktober 2017. Atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, beliau terpaksa pulang ke Malaysia dan menyambung pengajian di sana.

Oleh yang demikian, merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-4, Fasal 28, Perkara 3, Ceraian (a) dan (b):

PENGURUSAN :

  1. Kekosongan jawatan dalam PERUBATAN hendaklah dipangku oleh mana-mana Majlis Tertinggi PERUBATAN/Ahli Jawatankuasa Tertinggi melalui mesyuarat serta dipersetujui oleh semua ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN/Ahli Jawatankuasa Tertinggi.

Maka, secara rasminya portfolio Biro Ekonomi PERUBATAN Cawangan al-Azhar akan dipangku seperti berikut:

BIL. JAWATAN NAMA
1. Ketua Biro Ekonomi Abdul Fattah bin Abdul Ghafar
2. Timbalan Ketua Biro Ekonomi Nor A’in Amaliya binti Norazmisam

 

Di kesempatan ini, pihak PERUBATAN Cawangan al-Azhar mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh saudara Aizzat Al-Raziq bin Rosdan serta saudari Nurus Saadah binti Ahamad Suhim. Semoga urusan yang perlu dilalui di masa akan datang dimudahkan oleh Allah SWT.

Oleh itu, sebarang permasalahan yang memerlukan keputusan segera berkaitan Biro Ekonomi, bolehlah merujuk dan menghubungi pemangku yang telah dilantik.

Baginda bersabda:

“Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain.” 

 

Wallahuallam.

Sekian, terima kasih.

 

“PCA: Stronger As One”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

 

Abdul Fattah bin Abdul Ghafar,

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2017/2018.

 

Liyana binti Jusni

Timbalan Pengerusi

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2017/2018.

ARTIKEL BERKAITAN

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?