KENYATAAN RASMI: PEMANGKUAN AJKT PCA

KENYATAAN RASMI: PEMANGKUAN AJKT PCA

KENYATAAN RASMI: PEMANGKUAN AJKT PCA

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita terpelihara dalam nikmat Islam dan iman dan tergolong dalam kalangan yang sentiasa mendapat hidayah dan taufiq-Nya. Semoga kita juga tergolong sebagai ummat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaatnya kelak.

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan;

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa pemangkuan portfolio akan berlaku disebabkan ketiadaan beberapa orang AJKT PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) di Mesir atas urusan tertentu dan tidak dapat menjalankan tugasan mereka seperti biasa.

Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut:

  • Memangku bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.
  • Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.
  • Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro yang berkenaan.

Berikut merupakan jadual pemangkuan AJKT berserta nombor telefon masing-masing sebagai rujukan kepada semua ahli dan tenaga penggerak PERUBATAN Cawangan al-Azhar:

BIL PORTFOLIO NAMA AJKT PEMANGKU TARIKH
1. Timbalan Pengerusi Liyana binti Jusni Masirah binti Mohd Amin

+201159119962 (TEL & WA)

21/11/2017 – 11/12/2017
2. Timbalan Setiausaha Nurul Asma Naqibah binti Nor Azha  A’faf binti Othman

+201112263323 (TEL)

+60145385507 (WA)

21/11/2017 – 10/12/2017
3. Timbalan Ketua Biro Perumahan Nur Syazwani binti Shamsuddin Nurin Jazlina binti Mohd Ismail

+201013342669 (TEL & WA)

7/12/2017 – 17/12/2017
4.  Ketua Biro Sukan & Aktiviti Luar Ahmad Iqbal Hasif bin Kamaruddin Abu Bakar Al Siddiq bin Mohamed

+201110469980 (TEL & WA)

7/12/2017 – 17/12/2017

Jadual pemangkuan di atas akan berkuatkuasa bermula daripada tarikh ketiadaan AJKT tersebut di Mesir dan akan tamat secara automatik sekembalinya AJKT berkenaan ke Mesir. Oleh itu, pihak kami berharap agar semua ahli PCA dapat menghubungi nama-nama AJKT yang telah ditetapkan sebagai pemangku di atas sekiranya terdapat sebarang persoalan atau permasalahan yang berkaitan dengan mana-mana gerak kerja PERUBATAN sepanjang cuti musim panas ini.

Siiru ala barakatillah.

Sekian, terima kasih.

 

“PCA: Stronger As One”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

 

Abdul Fattah bin Abdul Ghafar

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2017/2018.

Liyana binti Jusni

Timbalan Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2017/2018.

 

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?