[KENYATAAN RASMI: PELANTIKAN PENGARAH DAN TIMBALAN PENGARAH JPC SESI 2017/2018]

0

أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحده لا شريك له وأشهد أنَّ محمداً عبدُه ورسولُه، بعثه اللهُ رحمةً للعالمين هادياً ومبشراً ونذير

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

وَجَعَلۡنَا مِنۡهُمۡ أَئِمَّةٗ يَهۡدُونَ بِأَمۡرِنَا لَمَّا صَبَرُواْۖ وَكَانُواْ بِ‍َٔايَٰتِنَا يُوقِنُونَ

Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.
(as-Sajadah: 24)

Segala puji bagi Allah SWT yang masih memberikan dua nikmat yang terbesar kepada kita semua, nikmat iman dan nikmat Islam. Selawat dan salam buat pemimpin teragung Rasullulah SAW, para sahabat, ahli keluarga serta seluruh generasi yang masih meneruskan perjuangan Baginda.

Sebagaimana bahtera itu ada nakhodanya, begitu jualah mana-mana organisasi pasti wujud pimpinannya. Sudah menjadi lumrah, setiap kepimpinan pasti terikat dengan tempoh yang tertentu.

Merujuk pada Fasal 27 Perkara 1 (a) Perlembagaan PERUBATAN yang menyatakan;
“Jawatankuasa Khas untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang selepas ini disebut sebagai Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) hendaklah ditubuhkan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN untuk mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan”.

Bertepatan juga dengan isi Perlembagaan PERUBATAN Fasal 30 Perkara 5 (b) yang menyatakan;
“Tugas-tugas Lembaga Penasihat adalah seperti berikut: Melantik Ahli Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan”.

Maka dengan ini, saya mewakili barisan Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan al-Azhar mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) PERUBATAN Cawangan al-Azhar untuk sesi kali ini.

Dengan itu juga, dimaklumkan bahawa, Pengarah dan Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) PERUBATAN Cawangan al-Azhar adalah seperti berikut:

Pengarah:
– Abdul Mu’min bin Abdul Sattar
Timbalan Pengarah:
– Noor Ayuny binti Azmi

Pada pemilihan AJKT bagi sesi 2018/2019, bilangan kerusi AJKT (tidak termasuk Pengerusi/Timbalan Pengerusi, Majlis Tertinggi PERUBATAN dan AJKT kekal) yang akan dipertandingkan adalah sebanyak 6 kerusi sahaja berbanding 8 kerusi sebelum ini.

Perbincangan berkenaan dengan pengurangan bilangan kerusi AJKT ini telah diadakan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan al-Azhar dengan merujuk kepada Lembaga Penasihat PERUBATAN (LPP).

Pengurangan bilangan kerusi ini diharapkan akan mengoptimumkan pergerakan di semua peringkat biro dan unit khas PCA.

Diharapkan seluruh barisan Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) dapat bertindak dengan cermat, berintegriti dan telus bagi memastikan kelancaran proses pentadbiran PERUBATAN Cawangan al-Azhar sesi hadapan.

Akhir kalam, kami menyeru buat seluruh ahli PERUBATAN Cawangan al-Azhar untuk bersama-sama memberi sokongan dan dokongan terhadap pilihan raya yang akan dijalankan tidak lama lagi, seterusnya merancakkan lagi usaha kita dalam menggarap wawasan bersama “PCA: Stronger As One”.
Sekian, terima kasih.

#KitaKeluargaPCA
#KitakanRakyatMalaysia

“PCA: Stronger As One”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Lembaga Penasihat,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2017/2018.

ARTIKEL BERKAITAN

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?