PILIHANRAYA MAJLIS KETUA BATCH (MKB) SESI 2017/2018

PILIHANRAYA MAJLIS KETUA BATCH (MKB) SESI 2017/2018

0

بسم اللّه الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته

Dalam sirah Rasulullah SAW ada menyingkap tentang pemilihan pemimpin dalam Islam iaitu ketika Perjanjian Aqabah Kedua.
Ketika perjanjian tersebut, rombongan dari Madinah seramai 70 orang telah datang berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk membuat baiah (perjanjian). Setelah baiah itu sempurna dilaksanakan, Rasulullah SAW telah meminta supaya rombongan tersebut memilih dua belas orang ketua yang akan menjadi naqib (ketua) kepada kaum masing-masing dan bertanggungjawab terhadap kaum mereka dalam melaksanakan perkara-perkara dalam baiah itu. Lanjutan daripada arahan Rasulullah SAW tersebut, 12 orang wakil dari kalangan kaum Khazraj dan kaum Aus tampil ke hadapan lalu Rasullullah SAW melantik mereka sebagai naqib (ketua).
Berdasarkan peristiwa ini, jelas menunjukkan bahawa pemilihan pemimpin dalam Islam telah pun berlaku sejak zaman Rasulullah SAW dan para sahabat.

Sehubungan dengan itu, kami di peringkat Naib Pengerusi dan Majlis Ketua Batch PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) bakal mengadakan Pilihanraya Majlis Ketua Batch (MKB) Sesi 2017/2018.

Sukacita kami memperkenalkan barisan Suruhanjaya Pilihanraya Batch (SPRB) bagi setiap batch jurusan perubatan dan pergigian.

SISWA:

M2: Muhammad Luqmanul Hakeem bin Mahayuddin

M3: Ahmad Muazz bin Abdullah

M4: Muhamad Naqib Arif bin Mohamed Rafid

M5: Luqman Hakim bin Rahim

D2: Eizzul Fahmi bin Badlishah

 

SISWI:

M2: Fathimah Bahirah binti Mohamad Khazani

M3: Nur Jawahiri binti Azman

M4: Nur Hamizah Syazwani binti Ismail

M5: Naeilah binti Nasharudin

D1: Nur Hannani binti Mohammed Alam

D2: Nur Azureena binti Dzulqanain

D4: Anis Bahirah binti Haji Yusoff

 

Sekian, terima kasih.

 

“Perancangan Berstrategi, Pengurusan Berintegriti”

“PCA: Stronger As One”“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

NORILMI BIN JUZULI,Naib Pengerusi I,PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2017/2018.

MASIRAH BINTI MOHD AMIN,Naib Pengerusi II,PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2017/2018.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?