‘KITA BOLOT HABIS!’

‘KITA BOLOT HABIS!’

0

 

Hayyu Sabik, 13 Oktober 2017 – “Alhamdulillah, seronok di hati apabila dapat memenangi kejohanan pada kali ini. Lebih manis lagi, kejayaan ini merupakan pengulangan sejarah tiga tahun lalu”, ujar saudara Abdul Fattah bin Abdul Ghafar, Pengerusi PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) sesi 17/18 yang telah menyumbang kemenangan dalam acara regu ping-pong pada Interchapter Games (ICE 17) 13 Oktober tempoh hari yang diadakan di Universiti Ain-Shams.

Saudara Fattah juga menambah bahawa kemenangan ini terwujud dengan adanya ukhuwah dan fikrah yang begitu baik dalam kalangan atlit PCA sendiri. “Kemenangan kami semua adalah untuk keluarga PCA”, ujarnya lagi.

Satu temubual lain, bersama-sama dengan saudara Ahmad Irfan bin Ariffin mahasiswa Tahun Tiga Kuliah Pergigian, beliau tidak menyangka bahawa pasukan boling siswa akan memperoleh tempat kedua. “Kami betul-betul tidak menyangka yang kami mampu untuk menduduki tempat kedua. Kemenangan ini sangat berharga dan kami hadiahkan buat semua keluarga PCA. Semangat kerjasama berpasukan adalah pemangkin utama kepada kejayaan ini.”

Sehubungan dengan kemenangan memberangsangkan PCA, saudara Ahmad Iqbal Hasif bin Kamaruddin, Ketua Biro Sukan dan Aktivit Luar (BSAL) sesi 17/18 juga sempat menyuarakan kegembiraan dan kesyukuran yang tak terhingga terhadap prestasi yang telah ditunjukkan oleh para atlit PCA. “Saya begitu berharap moga-moga kemenangan ini akan dapat terus menyalakan obor semangat kesukanan dalam kalangan keluarga PCA untuk ICE yang bakal menjelang tidak lama lagi, yang bakal diadakan di Mansurah dan Iskandariah.”

Saudara Iqbal juga menambah, “Saya berharap, dengan kejayaan pasukan siswi dalam menjuarai kejohanan boling, ini merupakan amaran dan tanda siap siaga kepada pasukan cawangan lain pada ICE seterusnya. Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. Biar kecil-kecil tapi cili padi”.

Muhammad Arifuddin bin Syahril.
Kuliah Tahun Dua Pergigian.

ARTIKEL BERKAITAN

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?