[ARKIB PCA : KRONOLOGI PENUBUHAN PCA]

0

2 MAC 2012

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-8 diadakan. Pada mesyuarat tersebut, sebuah usul yang berbunyi ‚ÄúPenubuhan Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) menggantikan Jawatankuasa PERUBATAN yang dianggotai oleh seorang wakil lelaki dan seorang wakil perempuan yang pernah menjawat jawatan Ahli Jawatankuasa PERUBATAN/PERUBATAN Cawangan dari setiap PERUBATAN Cawangan, dan pembentukan PERUBATAN Cawangan adalah mengikut Universiti” diluluskan.

Usul yang diutarakan oleh saudara Ahmad Ibrahim Yahya, pelajar dari Universiti Kaherah ini menyentuh banyak perkara dalam perlembagaan PERUBATAN. Sehubungan dengan itu, sebuah perbincangan khas perlu dibuat terlebih dahulu bagi membincangkan penggubalan perlembagaan PERUBATAN sebelum usul ini dapat dilaksanakan.

Untuk maklumat lebih berkaitan MAT Kali Ke-8, sila layari laman sesawang berikut : http://mat.perubatan.org/k08/2012/02/enam-usul-diluluskan/

3 MAC 2012

Organisasi PERUBATAN Universiti (OPU) telah ditubuhkan yang terdiri daripada OPU al-Azhar, OPU Ain Shams dan OPU Kaherah. Penubuhan ini adalah rentetan daripada usul yang telah diluluskan pada Mesyuarat Tahunan Kaherah (MTK) kali pertama yang diadakan pada 17 Disember 2010.

Usul tersebut berbunyi “Membentuk dan memperkasakan organisasi kecil PERUBATAN dalam setiap universiti di Kaherah” yang diutarakan oleh saudara Afuza Abdullah bin Idris, pelajar dari Universiti al-Azhar.

OPU yang ditubuhkan terdiri daripada seorang ketua dan beberapa portfolio jawatankuasa. OPU bertanggungjawab membantu PERUBATAN menjaga kebajikan ahli mengikut kesesuaian keperluan di peringkat 3 Universiti yang berbeza di Kaherah (Universiti al-Azhar, Universiti Ain Shams dan Universiti Kaherah) serta membantu menyelesaikan masalah di peringkat universiti masing-masing.

Selain itu, OPU juga berperanan bagi memudahkan PERUBATAN untuk mendapatkan maklumat daripada ketiga-tiga universiti tersebut melalui jawatankuasa OPU yang dilantik sekaligus mengatasi masalah bebanan kerja di peringkat PERUBATAN dalam menjaga kebajikan ahli.

Saksikan video pengenalan usul MTK pada pautan pautan berikut :

30 NOVEMBER 2012

Buat julung-julung kalinya dalam sejarah PERUBATAN, sebuah mesyuarat yang dinamakan Mesyuarat Agung Khas (MAK) diadakan.

Mesyuarat ini diadakan khas bagi membincangkan penggubalan perlembagaan yang berkaitan usul penubuhan 3 PERUBATAN Cawangan dan sistem MTP yang telah diutarakan pada MAT Kali Ke-8 dahulu.

Sebelum MAK diadakan, sebuah Panel Pindaan Perlembagaan (PPP) telah ditubuhkan berperanan untuk melihat segala perkara yang terkandung dalam perlembagaan PERUBATAN yang perlu digubal sesuai dengan pelaksanaan usul tersebut.

Hasil daripada mesyuarat (MAK) tersebut, ahli mesyuarat telah sepakat mempersetujui penggubalan perlembagaan yang mengesah dan membenarkan pelaksanaan sistem MTP dan penubuhan PERUBATAN cawangan mengikut universiti.

Sila tonton video pada pautan berikut untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang Mesyuarat Agung Khas (MAK) :

21-22 DISEMBER 2012

Hari pengundian dan pengumuman keputusan Pilihanraya Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan (JPC) al-Azhar buat kali pertama telah diadakan untuk membentuk struktur barisan kepimpinan PERUBATAN Cawangan al-Azhar sebelum ia ditubuhkan secara rasmi.

Saksikan video JPC al-Azhar kali pertama pada pautan berikut :



8 MAC 2013

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-9 diadakan. Pada mesyuarat tersebut, perlembagaan yang telah diluluskan pada MAK sebelum ini mula dilaksanakan. Maka, PERUBATAN Cawangan al-Azhar ditubuhkan secara rasmi bersama dua PERUBATAN Cawangan lain iaitu PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) dan PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) menjadikan jumlah keseluruhan PERUBATAN Cawangan seluruh Mesir adalah sebanyak 7 buah cawangan yang bernaung di bawah PERUBATAN.

Saksikan video perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN kali ke- 9 pada pautan berikut :

Pada waktu ini juga sistem MTP mula dilaksanakan.

Antara peristiwa awal yang berlaku sebaik penubuhan secara rasmi PERUBATAN Cawangan al-Azhar ialah penubuhan laman sesawang rasmi PERUBATAN Cawangan al-Azhar.

PENUTUP

Hari ini, perjalanan PERUBATAN Cawangan al-Azhar sudah hampir mencecah 5 tahun. Segala cabaran dan dugaan yang kita tempuh bersama telah menyatukan kita semua sebagai sebuah keluarga. Oleh itu, ayuhlah kita bersama-sama singkap tabir dan hayati sejarah ini bagi menyemarakkan lagi cinta kita kepada PCA.

Semai cinta, suburkan cita!

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah;

http://tinyurl.com/aduanPCA

#KitaKeluargaPCA
#KitakanRakyatMalaysia

“Profesional, Berintegriti,
Bersistematik”

“PCA: Stronger As One”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Unit Arkib dan Dokumentasi,
Jabatan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2017/2018.

ARTIKEL BERKAITAN

0

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?