[Arkib PCA: Bahtera dan Nakhoda]

0

Sebuah organisasi diibaratkan seperti sebuah bahtera dan barisan pimpinannya adalah nakhoda yang menerajui pelayaran.

Hari ini, genap lebih kurang 6 tahun PCA berlayar sebagai sebuah persatuan yang menaungi mahasiswa-mahasiswi Jurusan Sains Kesihatan di Universiti al-Azhar.

Tahun demi tahun, nakhoda bahtera silih berganti. Kepahitan dan kemanisan serta kedukaan dan kegembiraan diharungi bersama demi menuju satu matlamat yang utama iaitu reda Allah SWT.

Kesetiaan ahlinya selaku anak kapal tidak dinafi menjadi tunggak utama bahtera terus teguh berlayar. Tanpanya seperti bahtera di tengah lautan namun angin tiada bertiup, walau secekap manapun nakhodanya bahtera tidak mungkin bisa bergerak ke mana-mana.

“Semai cinta, suburkan cita.”

 

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah;

http://tinyurl.com/aduanPCA

#KitaKeluargaPCA
#KitakanRakyatMalaysia

“Profesional, Berintegriti, Bersistenatik”

“PCA: Stronger As One”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Jabatan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2017/2018.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?