: MUHASABAH SEPARUH PENGGAL (MSP) SESI 2017/2018

[KENYATAAN RASMI] : MUHASABAH SEPARUH PENGGAL (MSP) SESI 2017/2018

0

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kita panjatkan kepada Ilahi atas segala nikmat yang tidak terhitung banyaknya.

Dari Syadad bin Aus RA, dari Rasulullah SAW, sabdanya, “Orang yang pandai adalah yang menghisab (mengevaluasi) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah SWT”. (HR. Imam Tirmidzi).

Jelas berdasarkan hadis di atas, Rasulullah SAW menggalakkan kita sebagai umatnya untuk sentiasa bersiap sedia menuju ke akhirat dengan kita menghisab diri dan beramal. Hal ini kerana perancangan yang teliti hasil daripada muhasabah akan membuahkan hasil yang lebih baik. Hadis ini juga membuktikan bahawa amalan bermuhasabah ini termasuk dalam tuntutan agama yang tidak mengecualikan mana-mana individu sekalipun terutamanya mereka yang bergelar pemimpin.

Justeru, dalam menggerakkan sebuah persatuan yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah dalam setiap gerak kerjanya, PERUBATAN Cawangan al-Azhar mengambil inisiatif untuk menilai dan membaiki prestasi kerja melalui pelaksanaan Muhasabah Separuh Penggal (MSP).

Secara kasarnya, MSP sesi ini dijalankan secara berperingkat. Bermula di peringkat pimpinan dan kemudian diteruskan di peringkat ahli dan telah berjalan bermula pada awal Ogos 2017 hingga akhir Ogos 2017. Aspek penilaian bagi MSP kali ini difokuskan kepada beberapa item utama iaitu muhasabah umum, evaluasi pembawaan, biro dan jabatan serta unit-unit khas.

 

Akhir sekali, kami menjemput seluruh ahli PCA untuk sama-sama menjayakan Muhasabah Separuh Penggal (MSP) kali ini dengan mengisi Medium Aduan Online PCA, serta bersama-sama mempromosikan aktiviti-aktiviti sepanjang fasa MSP. Tempoh mengisi bermula 18 Ogos 2017 sehingga 28 Ogos 2017.

 

Semoga dengan kerjasama semua ahli dapat pertingkatkan lagi mutu gerak kerja PCA agar terus dapat berkhidmat kepada komuniti kita di bumi Mesir ini.

 

Sila tekan pautan ini: http://tinyurl.com/aduanPCA

 

Sekian. Terima Kasih.

 

“Perancangan Berstrategi, Pengurusan Berintegriti”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

NORILMI BIN JUZULI,

Naib Pengerusi I,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2017/2018.

MASIRAH BINTI MOHD AMIN,

Naib Pengerusi II,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2017/2018.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?