WAWASAN PROFESIONAL MUSLIM KELAS PERTAMA

0

Rumah adalah suatu nikmat daripada Allah SWT yang terkadang tanpa kita sedar, kita hanya memandang sebelah mata dan sering melupakan nikmat ini. Padahal, dengan adanya rumah dan tempat tinggal, manusia akan dapat berlindung daripada panas dan hujan dan dapat berehat daripada rasa lelah setelah seharian suntuk bekerja. Ironinya, nikmat yang sering dilupakan inilah menjadi salah satu nikmat yang sering dipinggirkan.

Allah SWT mengingatkan kita akan nikmat ini dalam surah an-Nahl ayat 80 yang bermaksud, “Allah SWT menjadikan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal.”

Imam Ibnu Kathir RA ada menjelaskan ayat di atas, bahawasanya Allah SWT mengingatkan kita akan kesempurnaan nikmat yang Dia curahkan kepada para hamba-Nya, berupa rumah atau tempat tinggal yang berfungsi untuk memberikan ketenangan dan kesenangan, di samping berlindung daripada segala macam bahaya.

Jika kita telusuri sirah Baginda Nabi Muhammad SAW, Baginda SAW sendiri menjadikan rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam sebagai pusat atau tempat Baginda SAW menyampaikan dakwah secara sembunyi. Intipatinya, selain daripada tempat untuk berehat dan berteduh, rumah juga dijadikan sebagai wadah atau medium untuk menyampaikan risalah agama Islam yang diredai oleh Allah SWT.

Oleh hal yang demikian, kita sewajarnya bersyukur atas nikmat yang telah diturunkan kepada kita ini. Bersyukur bukan hanya pada perkataan dan hati, malah juga seiring dengan perbuatan kita. Kita sewajarnya menjaga rumah kita dengan baik melalui penjagaan kebersihan dan keselesaan di rumah. Hal ini kerana, bukan kita bersendiri sahaja berada di dalam rumah, tetapi bersama beberapa orang rakan yang lain, tambahan lagi dalam fasa kita belajar dan merantau di negara orang. Kita sepatutnya berganding bahu untuk saling menjaga kebajikan dan kebersihan rumah.

Rentetan itu, Unit Penyelenggaraan yang berada di bawah kelolaan Biro Perumahan (BHOME), PERUBATAN Cawangan al-Azhar dengan berbesar hati menghulurkan tangan untuk membantu warga PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) dalam merealisasikan sikap bersyukur atas nikmat yang telah Allah SWT berikan. Tujuan penubuhan unit ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membantu memperbaiki dan menyelenggara kemudahan rumah ahli yang rosak atau tidak dapat berfungsi dengan baik. Hasilnya, dengan kemudahan dan keadaan yang kondusif, keadaan ini secara tidak langsung akan membantu ahli rumah untuk tinggal dengan selesa dan mampu mengulangkaji pelajaran secara optimum, seterusnya mampu untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Profesor HAMKA pernah berkata, “Kepada para pemuda, bebanmu akan berat. Jiwamu harus kuat. Tetapi aku percaya langkahmu akan jaya. Kuatkan peribadimu!” Ungakapan ini selari dengan hadis Baginda Nabi Muhammad SAW yang berbunyi, “Allah SWT lebih menyukai golongan mukmin yang lebih kuat.”

Kita sedia maklum, bahawa Mesir merupakan negara yang terkenal dengan keadaan dan situasinya yang mencabar. Rentetan itu, sebagai seorang yang bergelar perantau dan penuntut ilmu di jalan Allah SWT, kita dituntut untuk mempunyai pelbagai skil dan kebolehan bagi membolehkan diri kita terbiasa dengan suasana di sini yang penuh dengan dugaan.

Selain itu, Presiden PERUBATAN sesi 17/18 iaitu saudara Ahmad Shahir B Ahmad Jalaludin ada berkata dalam ucapan dasar beliau, “Dalam menjayakan visi yang besar ini, iaitu wawasan profesional muslim kelas pertama, kita bakal menumpukan tentang inisiatif yang dapat dilaksanakan. Untuk merealisasikan visi tersebut, setiap seorang daripada kita perlulah mempunyai ciri-ciri yang berikut. Pertama, berjiwa ‘daie’ dan ‘rabbani’. Kedua, intelek dan profesional. Ketiga, mempunyai pelbagai kemahiran (multiskill) serta mampu menyesuaikan diri dalam keadaan dan suasana yang kritikal dan sentiasa berubah-ubah.” Cuba kita teliti isi ketiga yang ditekankan oleh saudara Ahmad Shahir bersama dengan ucapan Profesor HAMKA serta hadis Baginda Nabi Muhammad SAW. Bukankah ketiga-tiga item ini mempunyai kaitan antara satu sama lain?

Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan visi yang besar ini, BHOME sedaya upaya membantu dengan menganjurkan Bengkel Penyelenggaran (Do It Yourself) yang diadakan pada sesi sebelum ini. Pelbagai pengisian yang menarik diberikan kepada para peserta yang hadir. Antaranya, adalah cara-cara untuk memasang komponen-komponen yang telah diceraikan, cara-cara untuk memperbaiki mesin basuh atau kipas, ilmu perpaipan, sedikit ilmu pertukangan dan cara-cara untuk memperbaiki lampu. Semua aktiviti yang dianjurkan ini sudah terang lagi bersuluh, adalah untuk membentuk multiskill dalam kalangan warga PCA supaya dapat survive dalam keadaan yang pelbagai.

Terdapat satu hadis riwayat Imam al-Bukhari yang berbunyi, “Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti satu bangunan. Bahagian yang satu saling menguatkan bahagian yang lain.” Dalam satu hadis yang lain pula, daripada an-Nu’man bin Basyir RA, bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kamu melihat orang-orang yang beriman dalam berkasih-sayang, hubungan cinta mereka dan saling berbuat kebaikan sesama mereka adalah diibaratkan dengan satu tubuh. Apabila ada bahagian tubuh yang berasa sakit, maka bahagian tubuh yang lain akan ikut merasa sakit dan merasa demam.” Kedua-dua hadis Baginda Nabi Muhammad SAW ini menunjukkan betapa pentingnya persaudaraan dalam kalangan umat Islam. Kesatuan yang dibina ini akan melahirkan manusia yang saling menyayangi dan menguatkan dan akan lahir dari dalam jiwa yang sihat dan segar imannya.

Seorang mukmin tidak wajar hanya memikirkan tentang dirinya sendiri sahaja. Tidak wajar dia hanya berpeluk tubuh tanpa mengambil berat tentang saudaranya yang lain. Kadangkala, menjaga tepi kain orang adalah digalakkan dalam rangka untuk menjaga kebajikan sesama umat Muslim. Seseorang itu harus mengambil tahu dan menolong saudara seagamanya sekiranya ditimpa kesusahan. Oleh hal yang demikian, seiring dengan hadis-hadis tadi, BHOME sangat komited dan mengambil cakna dalam urusan perpindahan rumah ahli PCA selain dapat memupuk sikap kerjasama dan mengukuhkan silaturahim dalam kalangan ahli.

Akhir kata, BHOME suka untuk mengingatkan kepada ahli tentang beberapa aspek dan nilai yang perlu dititikberatkan. Antaranya adalah:
1) Mengakui dan meyakini dalam hati dengan sebenar-sebenarnya bahawa rumah atau tempat tinggal adalah pemberian daripada Allah, bukan semata-mata kerana usaha kita atau pemberian daripada kedua-dua orang tua kita.
2) Mengungkapkan rasa syukur dengan lisan dan menceritakan kenikmatan tersebut dalam rangka mengingat-ingat kenikmatan, bukan dalam rangka berbangga atau sombong.
3) Menggunakan rumah tersebut untuk menjalankan ketaatan kepada Allah SWT semata-mata dan menjauhkan segala bentuk kemaksiatan kepada-Nya. Antara ketaatan yang seharusnya dijalankan adalah mengesakan Allah SWT serta mengikut sunnah dan tunjuk ajar daripada Baginda Nabi Muhammad SAW.
4) Menghindarkan diri daripada dosa yang paling besar dalam rumah kita, iaitu mensyirikkan Allah SWT.Rumah adalah suatu nikmat daripada Allah SWT yang terkadang tanpa kita sedar, kita hanya memandang sebelah mata dan sering melupakan nikmat ini. Padahal, dengan adanya rumah dan tempat tinggal, manusia akan dapat berlindung daripada panas dan hujan dan dapat berehat daripada rasa lelah setelah seharian suntuk bekerja. Ironinya, nikmat yang sering dilupakan inilah menjadi salah satu nikmat yang sering dipinggirkan.

4) Menghindarkan diri daripada dosa yang paling besar dalam rumah kita, iaitu mensyirikkan Allah SWT.

PENULIS:

EIZZUL FAHMI BIN BADLISHAH
TAHUN 1 PERGIGIAN
KETUA BIRO PERUMAHAN PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR 2017/2018.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?