[Isu Semasa JAKSI: Kes-kes sepanjang Mei]

0

•Kes : Cubaan merompak

Tarikh: 2 Mei 2017 (Selasa)
Tempat: Mahkamah

-Cubaan merompak oleh sekumpulan bangsa asing, disyaki selain arab Mesir, ketika mangsa melalui kawasan sekitar Wisma Perak A dan Mahkamah.
-Mangsa secara tiba-tiba didekati dan dimuntahkan sesuatu pada pakaiannya.
-Tindakan suspek pada awalnya dianggap tidak sengaja, namun selepas mangsa membersihkan pakaian di rumah sahabatnya, suspek masih memerhati pergerakan mangsa.
-Alhamdulillah, cubaan merompak mangsa gagal.
•Kes: Ragut
Tarikh: 13 Mei 2017 (sabtu)
Tempat: Kawasan rumah Perlis Awal Sabie’

Dilakukan oleh warga arab yang membawa kenderaan tut-tut yang meragut beg tangan mangsa sewaktu melintasi mangsa.

•Kes: Pihak polis tempatan menggeledah masuk rumah
Tarikh: 20 Mei 2017 (sabtu)
Tempat: Bawabat Ula

-Seramai 3 orang polis memeriksa rumah yang didiami oleh pelajar Malaysia pada jam 3 ptg.
-Tindakan yang diambil oleh pihak polis adalah memeriksa kediaman pelajar Malaysia sahaja dan tidak pada bangsa asing yang lain yang turut mendiami bangunan yang sama.
-Tiada penahanan dilakukan, hanya mengambil nama ahli rumah dan memeriksa kediaman pelajar namun berlaku gertakan terhadap pelajar kerana tidak memiliki dokumen visa yang sah.

•Kes: Kecurian
Tarikh: 20 Mei 2017 (sabtu)
Tempat: Masjid Musa

-Mangsa yang sedang mengambil wuduk dikatakan tidak sedar telefon bimbit dicuri dan menyedari kehilangan setelah selesai mengambil wuduk.
-Mangsa mengesyaki telefon beliau dicuri oleh seorang wanita yang turut berada di dalam tandas masjid tersebut.

•Kes: Pecah masuk rumah
Tarikh: 23 Mei 2017 (selasa)
Tempat: Mahkamah

-Suspek dikatakan masuk melalui tingkap rumah mangsa ketika kesemua ahli rumah tiada dirumah kerana ke kelas dan imtihan.
-Kerugian dianggarkan hampir LE 10 000 yang melibatkan kehilangan komputer riba, ‘external hard disk’ dan telefon bimbit.

Rentetan daripada kes-kes ini, kami daripada pihak JAKSI menyarankan ahli agar:-

1. Sentiasa berwaspada dan cakna akan keselamatan sekeliling.
2. Sentiasa membawa dimana-mana dokumen pengenalan diri dan passport antarabangsa dengan visa yang sah
3. Mengikuti perkembangan kes yang berlaku yang telah dikeluarkan oleh JAKSI.
4. Menggunakan musyrif yang telah disediakan oleh pihak JAKSI.

Sebarang laporan atau aduan, sila hubungi :

Pengerusi PERUBATAN Cawangan al-Azhar :
ABDUL FATTAH BIN ABDUL GHAFAR
+20 111 783 5118

Timb. Pengerusi PERUBATAN Cawangan al-Azhar :
LIYANA BINTI JUSNI
+20 111 747 7996

Pengarah JAKSI PCA :
AMIRUL ASHRAFF BIN YASIR ARAFAT
‭‭+20 127 8580848‬‬

Timb. Pengarah JAKSI PCA:
UMMI SHAAKIRAH BINTI HUSSIN
+201115923494

#KitaKeluargaPCA
#KitakanRakyatMalaysia

“Haq Tertegak, Biah Terpelihara”

“PCA Stronger As One ″
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI),
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2017/2018.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?