LIFE Medium Penerapan Asas Islam

LIFE Medium Penerapan Asas Islam

0

Hayyu Sabi’, 8 April 2017 – Dengan berakhirnya Love Islam For Eternity (LIFE) Finale kelmarin, maka berakhirlah kesemua tujuh siri LIFE yang diadakan khusus buat mahasiswa mahasiswi kuliah Perubatan tahun 1 dan pra-pergigian. LIFE Finale kali ini menampilkan sedikit kelainan apabila PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) turut serta bekerjasama dengan PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) dan PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS).

Program yang diadakan di Dewan Baitul Ridzuan itu dimulakan dengan majlis perasmian oleh saudari Siti Hajar binti Azhar selaku Timbalan Jabatan Pembangunan Insan (JPI) dan Jabatan Sukan dan Aktiviti Luar (JSAL) PERUBATAN sesi 2017/2018.

Dengan kehadiran seramai 18 orang siswa dan 43 orang siswi, program kali ini lebih menekankan aspek kesatuan. Pelbagai slot menarik telah disajikan buat para peserta, antaranya slot pengisian ‘Who Am I’, slot latihan dalam kumpulan (LDK) ‘Kau, Aku dan Kita’ serta forum bertajuk ‘Unite Our Nation’.

Menurut pengarah LIFE Finale, saudara Abdullah Mustafa bin Azenan, program ini bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah Islamiah dalam kalangan mahasiswa baru, malah untuk menerapkan asas-asas kefahaman Islam sesuai dengan latar belakang dan tahap pemikiran mahasiswa.

“Walaupun LIFE kini sudah berakhir, namun saya berharap agar adik-adik tetap terus berusaha dalam meningkatkan kualiti dan pembangunan diri dari masa ke semasa. Usahalah sedaya mungkin agar sentiasa menjadi manusia yang suka menyumbang dari pelbagai sudut tidak kira masa, tenaga mahupun wang demi kepentingan Islam,” ujarnya lagi.

Mengulas pendapat saudari Hanan Sofia binti Duniya, mahasiswi tahun 1 Perubatan Universiti Tanta, beliau akui bahawa program ini telah memberi kesedaran kepada dirinya selaku seorang dai’e. “Saya kini lebih mengerti bahawa tanggungjawab menyambung rantai perjuangan Rasulullah SAW itu perlu digalas oleh setiap yang bergelar Muslim,” tambahnya.

Majlis berakhir dengan slot penyampaian cenderahati dan sijil buat peserta terbaik LIFE bagi setiap cawangan.

Siswa:
1) Muhammad Luqmanul Hakeem bin Mohd Mahayuddin (PCA).
2) Mohamad Izzat bin Mohamed Nasir (PCS).
3) Sayuti bin Ishak (PCT).

Siswi:
1) Nurul Madihah binti Mohd Fadzli (PCA).
2) Quratul Ain Nabilah binti Abd Ghani (PCS).
3) Hanan Sofia binti Duniya (PCT).

Siti Fatimah binti Mohd Ghani Basri
Tahun 5 Perubatan

ARTIKEL BERKAITAN

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?