[KENYATAAN RASMI: SERUAN MEMBAYAR YURAN & EXAM FEVER CAMPAIGN (EFC)]

0

10151644_10202522242929822_352867193_n-e1429293070334

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan terhadap Pencipta kita yang Maha Esa kerana masih memberikan kita peluang merasai nikmat kehidupan ini melalui nafas Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia kita, Baginda SAW dan keluarga Baginda serta para sahabat Baginda kerana tanpa jerih payah usaha dakwah mereka, tidak mungkin kita merasai nikmat Islam.

Untuk makluman semua, pihak Fakulti Perubatan dan Pergigian Universiti al-Azhar telah memberi peringatan kepada semua pelajar supaya menjelaskan yuran pengajian masing-masing sebelum peperiksaan akhir tahun bermula. Bagi pelajar yang belum menjelaskan yuran pengajian semasa, keputusan peperiksaan bagi individu tersebut bakal ditahan sehingga yuran tersebut dijelaskan. Adapun bagi pelajar yang mempunyai masalah yuran tertunggak pada tahun sebelumnya, semua fakulti kecuali Fakulti Perubatan Banin telah memutuskan bahawa pelajar-pelajar ini tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.

Selain itu, Exam Fever Campaign (EFC) peringkat PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) telah pun bermula sejak 13 April 2017 yang lalu, dengan memulakan kempen ini melalui pelancaran EFC dan Malam Munajat Perdana. Antara aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang EFC ialah STARGATE, EFC Kitchen, HAMKA Corner, EFC Marketing, Visualizing Your Studies dan SC Mock Exam. Objektif utama bagi EFC kali ini ialah membantu ahli PCA dalam menyiapkan diri menuju peperiksaan akhir tahun, selain daripada menghidupkan suasana akademik yang berkesan dalam komuniti PCA.

Sehubungan dengan itu, Biro Akademik PERUBATAN Cawangan al-Azhar menyeru kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Perubatan dan Pergigian Universiti al-Azhar supaya:

  1. Menjelaskan yuran pengajian dengan kadar segera pada setiap tahun terutamanya bagi pelajar yang tidak mempunyai sebarang masalah untuk bayaran yuran.
  2. Melaksanakan pecutan terakhir dalam akademik kalian sepanjang tempoh study week dan
  3. Memeriahkan suasana akademik di komuniti kita melalui medium yang ada seperti aktiviti EFC dan media massa (Facebook, WhatsApp dll).
  4. Mengunakan peluang keemasan menuju Ramadan ini dengan mendoakan sahabat-sahabat kita berjaya bersama-sama di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat nanti.

Akhir kalam, kami mewakili pihak pimpinan PERUBATAN Cawangan al-Azhar, mengucapkan selamat mengulangkaji dan maju jaya buat seluruh mahasiswa dan mahasiswi kuliah sains kesihatan Universiti al-Azhar dalam menempuh peperiksaan akhir tahun sesi 2016/2017 ini. Semoga dengan medium yang telah disediakan ini, kita semua beroleh manfaat yang baik. Kami mendoakan agar Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita untuk terus mengulangkaji pelajaran serta menganugerahkan keputusan yang Allah SWT dan kalian redai.

Seeru ‘Ala Barakatillah.
Wallahu A’lam
.

 

“Achieve The Highest , Improve Other”

“PCA: Stronger As One”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

MUSTAQIM

ABDUL MUSTAQIM BIN MOHAMAD KHALIL
Ketua Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2017/2018.

AFAF

A’FAF BINTI OTHMAN
Timbalan Ketua Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2017/2018.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?