KENYATAAN RASMI: Penangguhan Program PCA dan Fasa Peperiksaan

KENYATAAN RASMI: Penangguhan Program PCA dan Fasa Peperiksaan

0

10151644_10202522242929822_352867193_n-e1429293070334

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Alhamdulillah, segala puji dan syukur bagi Allah, Tuhan semesta alam yang telah menganugerahkan kepada kita dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Tidak lupa juga nikmat kesihatan yang kita kecapi saban hari yang membolehkan kita meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai penuntut ilmu Allah di muka bumi ini.

Alhamdulillah, setelah hampir dua bulan kenaikan sesi pentadbiran 2017/2018, pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan dalam mengisi masa lapang dan menjayakan Pembawaan PERUBATAN Cawangan al-Azhar sesi 2017/2018. Semoga semua aktiviti tersebut dapat memberi manfaat kepada seluruh ahli.

Seperti yang kita semua tahu, fasa peperiksaan semakin menghampiri, maka dengan ini kami telah bersetuju untuk menangguhkan segala program dan aktiviti bagi memberi ruang sepenuhnya kepada semua ahli dalam membuat persediaan peperiksaan. Fasa penangguhan ini akan bermula pada 14 April 2017 sehingga 23 Jun 2017.

Sehubungan dengan penangguhan program dan fasa peperiksaan, beberapa perkara telah ditetapkan diperingkat Majlis Pengerusi 2017/2018;

  1. Program berbentuk kecemerlangan akademik, pembawaan Smart Circle dan aktiviti bagi tahun klinikal masih boleh diteruskan.
  1. Segala mesyuarat perlu mendapatkan kelulusan daripada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

 

Diharapkan kepada semua ahli agar dapat memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya. Berusahalah bersungguh-sungguh tanpa mengambil kira apa natijahnya. Kerana yang dinilai Allah bukanlah hasil semata, tetapi apakah usaha yang dilakukan dalam mengejar cita-cita kita. Akhir kata, marilah kita sama-sama menjaga hubungan dengan Sang Pencipta di samping hubungan sesama manusia.

Bak kata pepatah Arab, Siapa yang berusaha, akan dapat apa yang diusahakan . Selamat berjuang dan maju jaya.

PERUBATAN sebagai wadah integrasi dalam membentuk profesional sains kesihatan yang rabbani dan kompeten.

“Perancangan Berstrategi, Pengurusan Berintegriti”

“PCA: Stronger As One”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Yang menjalankan tugas,

Ilmi

Norilmi bin Juzuli,

Naib Pengerusi I,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2017/2018.

MASIRAH-001

Masirah binti Mohd Amin,

Naib Pengerusi II,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2017/2018.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?