[Isu Semasa JAKSI: Musim panas kian menghampiri, tingkatkan keselamatan! ]

0

Kes: Ragut

Tarikh: 19.4.2017
Masa: 9 malam

– Seorang mahasiswi yang baru pulang dari kelas tuisyen bersama seorang musyrif telah dikejutkan oleh warga arab yang menaiki kereta berwarna hitam lantas bertindak meragut beg mangsa.
– Mangsa yang terkejut dengan keadaan itu terus menarik kembali begnya kerana disangka begnya tersangkut pada cermin pandang sisi kereta tersebut.
– Keadaan itu menyebabkan mangsa terseret sehingga kira-kira satu meter daripada tempat asal.
– Mangsa kemudiannya jatuh tersungkur ke tanah dan didapati luka di bahagian kepala serta sedikit kekejangan otot.
– Setelah itu, mangsa dibawa ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
– Alhamdulillah reaksi pantas mangsa telah menggagalkan usaha meragut tersebut.

Sehubungan dengan itu, JAKSI PCA menasihatkan ahli agar:
1. Sentiasa membaca doa dan ayat kursi ketika ingin keluar rumah.
2. Lazimi zikir untuk menjadi pertahanan diri.
3. Elakkan menggunakan telefon bimbit sekiranya tiada keperluan di tempat awam.
4. Sentiasa keluar menggunakan musyrif pada waktu malam bagi mahasiswi.
5. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

Sebarang laporan atau aduan, sila hubungi :

Pengerusi PERUBATAN Cawangan al-Azhar :
ABDUL FATTAH BIN ABDUL GHAFAR
+20 111 783 5118

Timb. Pengerusi PERUBATAN Cawangan al-Azhar :
LIYANA BINTI JUSNI
+20 111 747 7996

Pengarah JAKSI PCA :
AMIRUL ASHRAFF BIN YASIR ARAFAT
‭‭+20 127 8580848‬‬

Timb. Pengarah JAKSI PCA:
UMMI SHAAKIRAH BINTI HUSSIN
+201115923494

Atau sila klik pautan di bawah;
http://tinyurl.com/aduanPCA

#KitaKeluargaPCA
#KitakanRakyatMalaysia

“Haq Tertegak, Biah Terpelihara”

“PCA: Stronger As One ″
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI),
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2017/2018

ARTIKEL BERKAITAN

0

0

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?