KENYATAAN RASMI: PENJAWATAN AJKT PCA SESI 2017/2018

KENYATAAN RASMI: PENJAWATAN AJKT PCA SESI 2017/2018

0

 

10151644_10202522242929822_352867193_n-e1429293070334

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, marilah sama – sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan limpah rahmat-Nya dan kurnia-Nya pada hari ini dapat kita menikmati segala kenikmatan yang tidak terhitung bilangannya. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang telah membawa manusia mengenal Ilahi dan mengajar manusia untuk mengejar reda Allah SWT melalui agama Islam.

Alhamdulillah, Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) kali ke-4 pada 17  haribulan telah berlangsung dengan jayanya. Semoga setiap apa yang diperbahas dan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut akan membuahkan hasil dan membawa PCA lebih terkehadapan. Bertepatan dengan itu, tampuk kepimpinan PCA telah bertukar tangan dan akan diterajui oleh semangat-semangat baharu yang akan mengemudi bahtera ini dalam meneruskan penyebaran Islam di bumi al-Azhar.

Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-4, Fasal 28, Nombor 1 (c):

PENGURUSAN :

  1. c) Pembahagian jawatan-jawatan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa   Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dalam mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan kecuali jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi

Oleh itu, berikut merupakan portfolio yang telah dipersetujui bersama:

Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) 2017/2018

BIL. JAWATAN NAMA
1. PENGERUSI ABDUL FATTAH BIN ABDUL GHAFAR
2. TIMB PENGERUSI LIYANA BINTI JUSNI
3. NAIB PENGERUSI I NORILMI BIN JUZULI
4. NAIB PENGERUSI II MASIRAH BINTI MOHD AMIN
5. SETIAUSAHA MUHAMMAD RUZAINI BIN MAIDIN
6. TIMBALAN SETIAUSAHA NURUL ASMA NAQIBAH BINTI NOR AZHA
7. BENDAHARI MUHAMMAD ZA’IM BIN MOHD ZAINI
8. TIMBALAN BENDAHARI NOR ‘AIN AMALIYA BINTI NORAZMISAM
9. KETUA BIRO AKADEMIK ABDUL MUSTAQIM BIN MOHAMAD KHALIL
10 TIMBALAN KETUA BIRO AKADEMIK A’FAF BINTI OTHMAN
11. KETUA BIRO PEMBANGUNAN INSAN AHMAD MUAZZ BIN ABDULLAH
12. TIMBALAN KETUA BIRO PEMBANGUNAN INSAN KHALIS SHAHIRAH BINTI MOHAMED HAFIZ
13. KETUA BIRO PENERBITAN & PENERANGAN ABDUL AZIZ BIN AKMAL
14. TIMBALAN KETUA BIRO PENERBITAN & PENERANGAN NURUL AFIQAH BINTI SAFARUDIN
15. KETUA BIRO KEBAJIKAN ABU BAKAR AL SIDDIQ BIN MOHAMED
16. TIMBALAN KETUA BIRO KEBAJIKAN NUR SYAMIMI BINTI YACOB
17. KETUA BIRO PERUMAHAN EIZZUL FAHMI BIN BADLISHAH
18. TIMBALAN KETUA BIRO PERUMAHAN NUR SYAZWANI BINTI SHAMSUDDIN
19. KETUA BIRO EKONOMI MUHAMMAD AIZZAT AL-RAZIQ BIN ROSDAN
20. TIMBALAN KETUA BIRO EKONOMI NURUS SAADAH BINTI AHAMAD SUHIM
21. KETUA BIRO SUKAN & AKTIVITI LUAR AHMAD IQBAL HASIF BIN KAMARUDDIN
22. TIMBALAN KETUA BIRO SUKAN & AKTIVITI LUAR NURIN JAZLINA BINTI MOHD ISMAIL

Dengan pengumuman yang dibuat ini, maka  bermulalah gerak kerja barisan pimpinan untuk berkhidmat kepada ahli seterusnya membawa PERUBATAN Cawangan al-Azhar Sesi 2017/2018  ke arah  perubahan dan transformasi yang lebih baik daripada sesi-sesi sebelumnya. Kami barisan pimpinan PCA Sesi 2017/2018 berharap agar semua ahli memberi kerjasama dan sepenuh komitmen dalam menjayakan agenda kesatuan yang kita impikan. Sebagai pengakhiran, suka untuk saya mengajak kita semua hayati hadis Rasulullah SAW.

Baginda bersabda:

“Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain.” 

(HR. Bukhari dan Muslim)

Wallahuallam.

Sekian, terima kasih.

“PCA: Stronger As One”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

Abdul Fattah bin Abdul Ghafar,

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2017/2018.

16805382_1691969760820504_951899533_o-001

Liyana binti Jusni

Timbalan Pengerusi

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2017/2018.

 

 

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?