NOTIS 1: PANGGILAN KE MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN (MTC) PERUBATAN CAWANGAN...

[KENYATAAN RASMI] NOTIS 1: PANGGILAN KE MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN (MTC) PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR KALI KE-4

0

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dan kepada sekalian umat Islam yang dikasihi Allah SWT sentiasa.

Firman Allah SWT,

“Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (hal-hal keduniaan) itu, kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi golongan-golongan yang bertawakal kepada-Nya.”

(Surah Ali Imran: Ayat 159)

“Dan juga (bagi) orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhan dan melaksanakan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menginfakkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”

(Surah asy-Syura: Ayat 38)

Merujuk Bab Ke-4, Fasal 25, Perkara 2 (a) dalam Perlembagaan PERUBATAN, berkaitan notis Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC):

“Notis mengenai tarikh yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Tahunan Cawangan hendaklah dimaklumkan oleh Setiausaha PERUBATAN Cawangan kepada ahli sekurang-kurangnya 14 (empat belas) hari sebelum tarikh diadakan mesyuarat.”

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) 2016/2017 akan mengadakan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PCA Kali Ke-4 pada 17 Februari 2017 bersamaan hari Jumaat dengan bertemakan “KITA KELUARGA PERUBATAN”.

Sehubungan itu, semua ahli PCA dijemput hadir ke Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PCA Kali Ke-4 dengan mendaftarkan diri sebagai perwakilan di pautan yang telah disediakan atau hadir sebagai pemerhati pada tarikh yang telah dinyatakan. Tempoh pendaftaran dibuka selama seminggu bermula dari 25 Januari 2017 sehingga 1 Februari 2017.

Rujuk pautan berikut untuk pendaftaran perwakilan: https://goo.gl/forms/te6S9R1ueUmoj3tR2

Bagi surat jemputan rasmi kepada semua ahli untuk menghadiri Mesyuarat Tahunan Cawangan Kali Ke-4, boleh rujuk di pautan ini:

https://www.dropbox.com/s/5fuwbrhn40hdv87/%5BSurat%2060%5D%20%28Ahli%20PCA%29%20MTC-4%20-%20%20Surat%20Panggilan%20Ke%20MTC.pdf?dl=0

Segala maklumat berkaitan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (JMTC) PERUBATAN Cawangan al-Azhar.

Sekian, terima kasih.

“Profesional, Berintegriti, Bersistematik”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Amirul Azmeer bin Asmadi,

Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2016/2017.

Nurul Asma Naqibah binti Nor Azha,

Timbalan Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2016/2017.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?