Nurfatin ‘Pukau’ Para Hadirin

[FIFA ’16] Nurfatin ‘Pukau’ Para Hadirin

0

Hayyu Sabi’, 14 Disember 2016 – Lantang dan bertenaga. Begitulah yang disifatkan oleh orang ramai terhadap pemidato yang bernama Nurfatin Athirah binti Mohd Badrondin, wakil tunggal mahasiswi daripada House of Sapphire. Pidatonya yang bertajuk “Dadah Pemusnah Bangsa” pada pusingan pertama dan “Ciri-ciri Pemimpin Yang Baik” bagi pusingan kedua itu juga turut mendapat pujian daripada juri pada malam itu.

Saudari Siti Aliah binti Mohammad Razaki yang turut hadir sebagai konsultan al-Azhar Medical Team (AMT) semalam mengakui bahawa beliau sangat teruja dan terkesan menonton pidato saudari Nurfatin. “Saya bertanya pada akhawat sekeliling, beginikah cara peserta-peserta sebelum ini? Dan dia kata, ini adalah yang terbaik. Saya paling terkesan dengan ayatnya yang berkata bahawa anak muda zaman sekarang bukan mati sebab berjuang tapi mati kerana dadah”.

Dibesarkan dalam keluarga yang sinonim dengan pidato, pengacaraan dan juga pantun, saudari Nurfatin mengakui bahawa antara yang banyak membantunya sebelum pertandingan adalah ibunya, juga merupakan seorang bekas pemidato. “Kemenangan bukanlah sasaran saya. Sebab saya tidak tahu lagi kehebatan peserta-peserta lain. Antara sebab saya sertai pertandingan ini adalah untuk mengisi waktu lapang saya,” katanya lagi apabila ditanya tentang sasarannya.

“Melalui FIFA ’16 ini, saya dapat lihat ramai sebenarnya yang berbakat terutama sekali dalam kalangan adik-adik. Bukan sahaja dalam sukan malah dalam acara lain seperti pidato,” ujar saudari Nur Fatihah binti Mohd Shuhaily, Ketua House of Amber bahagian siswi. Beliau yang hadir untuk memberi sokongan kepada wakil rumahnya turut menyeru kepada semua ahli PCA agar terus bersemangat bagi aktiviti yang berbaki. “FIFA ni setahun sekali. Rugilah kalau tidak grab the chance untuk berukhuwah sesama junior dan senior,” tambahnya lagi.

Antara yang turut memberi saingan sengit pada malam itu adalah saudara Muhammad Luqman Naqieb bin Ahmad Kamal, mahasiswa tahun satu kuliah Perubatan yang mewakili House of Onyx.

Disediakan oleh,
Aisyah Humairah binti Yaacob
Tahun 5 perubatan

ARTIKEL BERKAITAN

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?