KENYATAAN RASMI: PENUBUHAN JAWATANKUASA PILIHANRAYA CAWANGAN (JPC) AL-AZHAR 2016

KENYATAAN RASMI: PENUBUHAN JAWATANKUASA PILIHANRAYA CAWANGAN (JPC) AL-AZHAR 2016

0

10151644_10202522242929822_352867193_n-e1429293070334

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Allah S.W.T berfirman di dalam al-Quran:

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ

Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (As-Sajadah: 24)

Segala puji bagi Allah S.W.T. yang masih memberikan dua nikmat yang terbesar kepada kita semua; nikmat iman dan nikmat Islam. Selawat dan salam buat pemimpin teragung Rasullulah S.A.W, para sahabat, ahli keluarga serta seluruh generasi yang masih meneruskan perjuangan Baginda.

Sebagaimana bahtera itu ada nahkodanya, begitu jualah mana-mana organisasi pasti wujud pimpinannya. Dan menjadi lumrah, setiap kepimpinan pasti terikat dengan tempohnya yang tertentu.

Merujuk pada Fasal 27 Perkara 1 (a) Perlembagaan PERUBATAN yang menyatakan;
Jawatankuasa Khas untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang selepas ini disebut sebagai Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) hendaklah ditubuhkan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN untuk mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan” .

Bertepatan juga dengan isi Perlembagaan PERUBATAN Fasal 30 Perkara 5 (b) yang menyatakan;
Tugas-tugas Lembaga Penasihat adalah seperti berikut: Melantik Ahli Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan”.

Maka dengan ini, saya mewakili barisan Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan al-Azhar mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) PERUBATAN Cawangan al-Azhar untuk sesi kali ini.

Dengan itu juga, dimaklumkan bahawa, Pengarah dan Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) PERUBATAN Cawangan al-Azhar adalah seperti berikut:

Pengarah      : Mohd Amirullah bin Mohamad Nasir
T. Pengarah  : Nur Shahirah bt Ab Ghani

Diharapkan seluruh barisan Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) dapat bertindak dengan cermat, berintegriti dan telus bagi memastikan kelancaran proses pentadbiran PERUBATAN Cawangan al-Azhar sesi hadapan.

Disimpulkan kalam, semoga sinar redha dan inayah Allah melimpah buat seluruh yang bertuah. Menjadi seruan juga buat seluruh ahli PERUBATAN Cawangan al-Azhar untuk bersama-sama memberi sokongan dan dokongan terhadap pilihan raya yang akan dijalankan tidak lama lagi, seterusnya merancakkan lagi usaha kita dalam menggarap wawasan bersama “Golden PCA; Our Inspiration”.

Sekian, terima kasih.

 

“Golden PCA; Our Inspiration”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

amirulhafiz

 

 

 

 

 

 

 

Muhammad Amirulhafiz bin Ahmad Najib

Ketua Penasihat,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2016/2017.

 

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?