KENYATAAN RASMI: KUTIPAN YURAN TAHUNAN PERUBATAN

KENYATAAN RASMI: KUTIPAN YURAN TAHUNAN PERUBATAN

0

10151644_10202522242929822_352867193_n-e1429293070334

ِسْمِ اللهِ اْلرَّحمَٰنِ اْلرَّحِيمِ

Assalamualaikum wbt.

Bermula sesi pengajian baharu, akan berlangsung fasa kutipan yuran PERUBATAN bagi PERUBATAN Cawangan al-Azhar di bawah kelolaan Jabatan Bendahari.

Seperti yang termaktub dalam perlembagaan PERUBATAN Fasal 8, Perkara 1 yang menyebut;

Setiap ahli perlu membayar yuran pendaftaran keahlian sebanyak 5 (lima) Egyptian Pound dan yuran tahunan sebanyak 20 (dua puluh) Egyptian Pound.”

Hasil kutipan yuran ini akan digunakan bagi menampung perbelanjaan tahunan PERUBATAN Cawangan al-Azhar dan PERUBATAN. Diingatkan bahawa ahli yang berjaya membayar yuran sahaja yang layak mengundi dan menghadiri Mesyuarat Tahunan PERUBATAN Cawangan dan Mesyuarat Agung PERUBATAN.

Dengan ini diumumkan bahawa fasa kutipan yuran bagi PERUBATAN Cawangan al-Azhar akan berlangsung dari 16 November 2016 hingga 31 Disember 2016.

Bayaran boleh dilakukan kepada bendahari batch masing-masing sepanjang fasa kutipan berlangsung di kelas dan bayaran juga boleh dilakukan di kaunter pembayaran semasa  program-program PCA (tertentu) dijalankan. Setiap pembayaran akan disertakan dengan pemberian resit bayaran daripada Jabatan Bendahari PERUBATAN Cawangan al-Azhar.

Segala bentuk kerjasama kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga keterlibatan semua ahli dapat memberi manfaat yang lebih besar dalam menggerakkan PERUBATAN Cawangan al-Azhar yang tercinta. Siiru ‘ala barakatillah.

Sekian, terima kasih.

#KitaKeluargaPCA

“Pengurusan Kewangan Berkualiti, Kredibiliti PERUBATAN Diperakui”

“Golden PCA: Our Inspiration”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

hasan-4

 

 

 

 

 

 

Muhammad Hasan bin Khairul Helmi

Jabatan Bendahari

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2016/2017

ummi-shaakirah-1

 

 

 

 

 

Ummi Shaakirah binti Hussin

Timbalan Jabatan Bendahari

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2016/2017

 

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?