KENYATAAN RASMI: AJKT KEKAL PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR SESI 2017/2018

KENYATAAN RASMI: AJKT KEKAL PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR SESI 2017/2018

0

10151644_10202522242929822_352867193_n-e1429293070334

KENYATAAN RASMI: AJKT KEKAL PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR SESI 2017/2018

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Segala puji bagi Allah SWT yang masih memberikan peluang kepada kita sehingga ke hari ini untuk terus hidup dalam nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, yang telah menggadaikan seluruh hidupnya untuk Islam yang sedang kita nikmati pada hari ini.

Manusia yang hidup dalam satu komuniti tidak akan menolak kepentingan wujudnya institusi kepimpinan  yang mengurus dan mentadbir hal ehwal mereka dengan baik dan berhemah. Kedatangan Islam telah memberi nilai tambah kepada hajat manusia ini melalui seruan Allah dalam beberapa ayat al-Quran. Antara firmanNya yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”

(Surah an-Nisa, ayat 58)

Malah, pada hari kewafatan Baginda SAW, para sahabat berbincang di Saqifah Bani Sa’idah untuk memilih pemimpin dalam kalangan mereka bagi menggantikan kepimpinan Rasulullah SAW. Mungkin ada yang menyatakan, sepatutnya para sahabat boleh menangguhkan dahulu perbincangan melantik pemimpin bagi menumpukan urusan jenazah dan pengebumian Rasulullah SAW. Namun, kisah ini telah membuktikan bahawa tindakan para sahabat tidak salah kerana mengutamakan urusan kepimpinan yang menjadi fardu ain ke atas umat Islam berbanding urusan jenazah yang merupakan fardu kifayah.

Bagi melaksanakan kefarduan ini, pilihanraya PERUBATAN diadakan saban tahun untuk memilih tampuk kepimpinan yang baru bagi menggantikan kepimpinan sedia ada dalam meneruskan khidmat dan curahan bakti kepada mahasiswa mahasiswi sains kesihatan bagi sesi yang akan datang iaitu sesi 2017/2018.

Dengan merujuk perkara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan PERUBATAN pada Bab Keempat; PERUBATAN CAWANGAN; dalam Fasal 28: Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan; Perkara 1 (d);

Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

AJKT yang dikekalkan secara automatik tidak boleh dicalonkan dalam pilihanraya. Ini merujuk kepada petikan perlembagaan pada bab yang sama; Fasal 27: Pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan; Perkara 2 (b);

Berdasarkan Fasal 28 Perkara 1 (d), seramai 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan wanita yang telah dikekalkan untuk sesi pentadbiran seterusnya, adalah secara automatik terkeluar daripada proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

Oleh yang demikian, setelah perbincangan lumat dan teliti diadakan, barisan AJKT PERUBATAN Cawangan al-Azhar sesi 2016/2017 telah memutuskan 4 orang AJKT yang akan dikekalkan ke sesi 2017/2018 ialah:

norilmi-1

NORILMI BIN JUZULI

zaim-1

MUHAMMAD ZA’IM BIN MOHD ZAINI

Syamimi Yacob 1

NUR SYAMIMI BINTI YACOB

khalis-shahirah-1

KHALIS SHAHIRAH BINTI MOHAMED HAFIZ

Semoga dengan pengekalan AJKT ini akan membawa kepada rahmah dan hikmah yang terbaik untuk kemaslahatan bersama ahli PERUBATAN khususnya di Cawangan al-Azhar untuk sesi akan datang.

Siiru ala barakatillah.

Sekian, terima kasih.

 

“Golden PCA: Our Inspiration”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

fattah-1

 

 

 

 

 

 

Abdul Fattah bin Abdul Ghafar

Pengerusi

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2016/2017.

 

aina-najihah-1

 

 

 

 

 

Aina Najihah binti Mohd Zaki

Timbalan Pengerusi

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2016/2017.

 

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?