KENYATAAN RASMI: AGENDA KESATUAN | TAAKHI BATCH

KENYATAAN RASMI: AGENDA KESATUAN | TAAKHI BATCH

0

10151644_10202522242929822_352867193_n-e1429293070334

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, ucapan syukur ke hadrat Allah Azza Wajalla atas kurniaan nikmat-nikmat yang tidak terhitung banyaknya oleh kita manusia yang kerdil lagi hina. Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang sedikit (hamba yang bersyukur). Hakikat syukur itu bukan sekadar tertunai hanya di bibir akan tetapi dibuktikan juga dengan gerak jasmani kita yang diberi pinjam oleh Allah. Selawat dan salam juga dituturkan kepada junjungan agung kita, Nabi Muhammad SAW, penghulu segala Nabi, pembawa rahmat untuk sekalian alam.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda dalam hadith yang dibawakan oleh an-Nu’mân bin Basyîr Radhiyallahu anhu:

مَثَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ فِى تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ، إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ، تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهْرِ وَالْحُمَّى

 (أَخْرَجَهُ الْبُخَارِي وَمُسْلِمٌ وَاللَّفْظُ لِمُسْلِمٍ)

Perumpamaan kaum mukmin dengan yang lainnya dalam hal saling mencintai, saling menyayangi dan saling berlemah-lembut di antara mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila salah satu anggota badan sakit, maka semua anggota badannya juga merasa demam dan tidak boleh tidur.

[HR. Bukhari dan Muslim, sedangkan lafaznya adalah lafaz Imam Muslim].

Hadith ini secara jelas memberikan gambaran betapa Islam sangat memandang penting persoalan ukhuwah dan kesatuan. Pentingnya untuk kita mula membina, mengeratkan tautan ukhuwah dan kasih sayang sesama kita berpaksikan agama Islam yang mulia.

Cuba kita imbas sejarah perkembangan Islam, ternyata pembinaan ukhuwah itu teramat penting dalam memastikan kelangsungan dan kelancaran penyebaran dakwah Islam kepada manusia. Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW setelah Baginda tiba ke bumi Madinah. Antara perkara terawal Baginda lakukan ialah mentaakhikan antara kaum Muhajirin dan Ansar. Hal ini tidak lain tidak bukan kerana ingin menguatkan Islam dengan tali kesatuan berlandaskan akidah yang benar lagi sejahtera.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) Sesi 2016/2017 akan melancarkan Taakhi Batch di bawah Majlis Ketua Batch (MKB). Taakhi Batch ini akan terus berlangsung sehinggalah tamat sesi pengajian 2016/2017 (Oktober 2016 – Oktober 2017). Tujuan utama adalah untuk mengeratkan ukhuwah serta kesatuan dikalangan senior dan junior tanpa mengira jurusan. Sekaligus menjayakan usul, “Mengoptimumkan Semangat Mahabbah Melangkau Jurusan Dan Batch Dalam Kalangan Ahli PCA” yang telah diluluskan pada MTC ke-3 yang lalu.

Butiran lanjut Taakhi Batch seperti berikut:

TAAKHI BATCH :

IKHWAH

BIL. TAAKHI BATCH
1. Pra pergigian Bersama Tahun 1 perubatan
2. Tahun 1 & 2 pergigian Bersama Tahun 3 perubatan
3. Tahun 2 perubatan Bersama Tahun 4 perubatan
4. Tahun 3 pergigian Bersama Tahun 5 perubatan
5. Tahun 4 pergigian Bersama Tahun 6 perubatan

AKHAWAT

BIL. TAAKHI BATCH
6. Pra pergigian Bersama Tahun 1 perubatan
7. Tahun 1 & 2 pergigian Bersama Tahun 3 perubatan
8. Tahun 2 perubatan Bersama Tahun 4 perubatan
9. Tahun 3 pergigian Bersama Tahun 5 perubatan
10. Tahun 4 pergigian Bersama Tahun 6 perubatan

 

Akhir kalam, kami menyeru kepada semua ahli PCA untuk sama-sama memainkan peranan dalam menjayakan dan merealisasikan usaha ini. Moga-moga dengan usaha yang sedikit ini dapat menguatkan antara satu sama lain dan dilimpahi ganjaran dan keberkatan oleh Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

“Perancangan Berstrategi, Pengurusan Berintegriti”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Tasnim 1

Ahmad Tasnim bin Muslim,

Naib Pengerusi 1,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2016/2017.

Liyana Jusni 1

Liyana binti Jusni,

Naib Pengerusi 2,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2016/2017.

 

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?