KENYATAAN RASMI: PEMANGKUAN AJKT PCA SEMPENA MUSIM PANAS

KENYATAAN RASMI: PEMANGKUAN AJKT PCA SEMPENA MUSIM PANAS

0

10151644_10202522242929822_352867193_n-e1429293070334

KENYATAAN RASMI: PEMANGKUAN AJKT PCA SEMPENA MUSIM PANAS

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita terpelihara dalam nikmat Islam dan Iman dan tergolong dalam kalangan yang sentiasa mendapat hidayah dan taufiq-Nya. Semoga kita juga tergolong sebagai ummat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaatnya kelak.

Bersempena cuti musim panas ini, terdapat beberapa pemangkuan portfolio akan berlaku disebabkan ketiadaan beberapa orang AJKT PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) di Mesir atas urusan tertentu dan tidak dapat menjalankan tugasan mereka seperti biasa.

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan ;

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut :

  • Memangku bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.
  • Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.
  • Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro yang berkenaan.

 

Berikut merupakan jadual pemangkuan AJKT berserta nombor telefon masing-masing sebagai rujukan kepada semua ahli dan tenaga penggerak PERUBATAN Cawangan al-Azhar:

BILPORTFOLIONAMA AJKTPEMANGKUTARIKH
1.Naib Pengerusi IAhmad Tasnim bin MuslimAbdul Fattah bin Abdul Ghafar +20 111 002 6836 +20 111 783 5118 17 Julai – 20 Ogos 2016
2.Timbalan SetiausahaNurul Asma Naqibah binti Nor AzhaLiyana binti Jusni +20 111 747 7996 +60 13-586 3616 27 Ogos – 18 September 2016
3.Timbalan BendahariUmmi Shaakirah binti HussinAina Najihah binti Mohd Zaki +20 127 701 1804 +20 112 145 5716 3 Julai – 24 September 2016
4.Ketua Biro Pembangunan InsanMohammad Nabil Irfan bin Mohd AliMuhammad Hasan bin Khairul Helmi +20 112 785 5130 24 Julai – 24 September 2016
5.Timbalan Ketua Biro Pembangunan InsanSiti Maryani binti RazaliKhalis Shahirah binti Mohamed Hafiz +20 114 651 0232 2 Julai – 23 Julai 2016
6.Timbalan Ketua Biro AkademikNur Syamimi binti YacobNor A’in Amaliya binti Norazmisam +20 109 592 4947 +20 102 797 1792 25 Jun – 16 Julai 2016
7.Ketua Biro Penerbitan & PeneranganAbdul Mustaqim bin Mohamad KhalilAhmad Iqbal Hasif bin Kamaruddin +20 120 411 5580 7 Ogos – 22 Ogos 2016
8.Timbalan Ketua Biro PerumahanKhairunnisa binti Mohd DarusNur Syazwani binti Shamsuddin +20 120 440 0593 25 Jun – 16 Julai 2016
9.Ketua Biro EkonomiMuhammad Za’im bin Mohd ZainiAmirul Azmeer bin Asmadi +20 112 071 8430 27 Julai – 23 Ogos 2016
10.Timbalan Ketua Biro EkonomiMasirah binti Mohd AminNurul Asma Naqibah binti Nor Azha +20 110 004 8644 +60 13-256 9606 25 Jun – 25 Julai 2016
11.Ketua Biro Sukan & Aktiviti LuarAhmad Iqbal Hasif bin KamaruddinAbdul Mustaqim bin Mohamad Khalil +20 128 863 2792 3 Julai – 1 Ogos 2016
12.Timbalan Ketua Biro Sukan & Aktiviti LuarNur Syazwani binti ShamsuddinMasirah binti Mohd Amin +20 115 911 9962 15 Ogos – 7 September 2016

Jadual pemangkuan di atas akan berkuatkuasa bermula daripada tarikh ketiadaan AJKT tersebut di Mesir dan akan tamat secara automatik sekembalinya AJKT berkenaan ke Mesir. Oleh itu, pihak kami berharap agar semua ahli PCA dapat menghubungi nama-nama AJKT yang telah ditetapkan sebagai pemangku di atas sekiranya terdapat sebarang persoalan atau permasalahan yang berkaitan dengan mana-mana gerak kerja PERUBATAN sepanjang cuti musim panas ini.

Siiru ala barakatillah.

Sekian, terima kasih.

“Golden PCA: Our Inspiration”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

Fattah 1

 

 

 

 

 

 

 

Abdul Fattah bin Abdul Ghafar

Pengerusi

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2016/2017.

 

Aina Najihah 1

 

 

 

 

 

 

Aina Najihah binti Mohd Zaki

Timbalan Pengerusi

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2016/2017.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?