KENYATAAN RASMI: MUHASABAH SEPARUH PENGGAL(MSP)

KENYATAAN RASMI: MUHASABAH SEPARUH PENGGAL(MSP)

0

LOGO

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah segala puji dan syukur kita panjatkan kepada Ilahi diatas segala nikmat kehidupan yang masih dikurniakan kepada kita. Selawat dan salam buat junjungan besar Baginda Nabi Muhammad Sallalahu alaihi wassalam , ahli keluarga dan para sahabat yang berjuang sehingga nikmat Islam sampai kepada kita pada hari ini.

Firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuat untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Surah al-Hasyr :18)

Tafsir Ibnu Kathir menerangkan:

“Setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuat untuk hari esok” adalah: intropeksi dan muhasabah diri kalian sebelum nanti akan dihisab oleh Allah kelak. Maka , alangkah baiknya jika tafsiran ayat ini diambil pelajaran dari aspek berorganisasi agar kita sama-sama mengevaluasi gerak kerja yang telah dilaksanakan seterusnya bersiap kearah perancangan masa hadapan.

Sehubungan itu , sukacita dimaklumkan PERUBATAN Cawangan al-Azhar sesi 2015/2016 akan mengadakan Muhasabah Separuh Penggal(MSP) yang berkonsepkan secara maya.

Objektif yang digariskan dari Muhasabah Separuh Penggal pada sesi ini adalah:

  1. Medium ahli menyampaikan muhasabah/ cadangan kepada pimpinan.
  2. Muhasabah separuh penggal menjadi indikator check and balance kepada gerak kerja PCA.
  3. Menjadi pemangkin kepada AJKT untuk menambah baik gerak kerja sepanjang tempoh yang berbaki.

Fasa Muhasabah Separuh Penggal (MSP) secara maya akan dibahagikan kepada 2 fasa :

 Fasa pertama

  1. Pembentangan laporan AJKT dan laporan kewangan PCA.
  2. Penghantaran muhasabah , cadangan dan persoalan ahli kepada AJKT secara online.

Fasa kedua adalah fasa untuk AJKT merespon persoalan daripada ahli PCA.

Segala makluman berkenaan Muhasabah Separuh Penggal(MSP) akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui page rasmi PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2015/2016.

Sekian, terima kasih.

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

tasnim 1

Ahmad Tasnim bin Muslim

Jabatan Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2015/2016

munirah pca

Husna Munirah binti Rusli

Jabatan Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2015/2016

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?