HAK PERWAKILAN DAN PEMERHATI

HAK PERWAKILAN DAN PEMERHATI

1

MTC 2

ETIKA PERWAKILAN

  1. Perwakilan merupakan ahli PERUBATAN yang telah matang tempoh keahliannya iaitu selama setahun (siswa/sisiwi tahun kedua dan ke atas).
  2. Siswa dan siswi yang telah membayar yuran tahunan PERUBATAN.
  3. Siswa dan siswi yang layak mengundi pada Pilihan Raya PERUBATAN Sesi 2014/2015.
  4. Berpakaian kemas mengikut etika yang telah ditetapkan.
  5. Menghormati acara dan majlis sepanjang Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) berlangsung.

 

HAK-HAK PERWAKILAN

  1. Perwakilan hanyalah sebagai medium untuk menyampaikan suara ahli semasa mesyuarat tahunan.
  2. Setiap perwakilan mempunyai hak untuk bercakap, menyuarakan pendapat, pandangan, cadangan, sokongan dan mengundi atas sesuatu perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat.
  3. Perwakilan diberi hak untuk mengemukakan cadangan bertulis.

 

ETIKA PEMERHATI

Pemerhati TIDAK mempunyai hak untuk bercakap, menyuarakan pendapat, pandangan, cadangan, sokongan dan mengundi atas sesuatu perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat.

 

ETIKA PERSIDANGAN

  1. Memberikan kerjasama dan mematuhi makluman, arahan atau permintaan daripada Pengerusi Umum Persidangan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC).
  2. Hadirkan diri anda ke Persidangan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) dengan hati yang lapang dan penuh dengan keikhlasan untuk membawa kebaikan kepada persatuan.
  3. Hendaklah jelas berkenaan objektif dan hala tuju Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC).
  4. Mencuba sedaya upaya untuk menjaga suasana harmoni dalam persidangan.
  5. Memberikan sepenuh tumpuan kepada pokok perbincangan.
  6. Mengawal diri serta emosi. Elakkan penyelewengan daripada fokus perbahasan.
  7. Sebarang kontroversi hendaklah dielakkan.
  8. Serangan peribadi adalah dilarang sama sekali.
  9. Digalakkan untuk mewujudkan suasana perbincangan dan percambahan idea serta merangsang seluruh perwakilan untuk terlibat secara aktif sepanjang persidangan berlangsung.
  10. Berakhlak mulia, menggunakan tutur kata yang sopan dan menunjukkan sahsiah diri sebagai siswa/siswi yang berketerampilan tinggi.
  11. Meraikan seluruh pandangan perwakilan serta berlapang dada menerima keputusan persidangan.

 

DISEDIAKAN OLEH:

Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (JMTC),

PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) 2014/2015.

1 KOMEN

Apa komen anda?