JOM! BANTU PINDAH RUMAH

JOM! BANTU PINDAH RUMAH

0

Beli pahat bersama cangkul,
Cangkul dibeli di kedai Ah Cing;
Yang berat sama dipikul,
Yang ringan sama dijinjing.

Sebagaimana yang kita maklum, proses perpindahan rumah dalam komuniti PCA berlaku hampir setiap minggu.

Oleh yang demikian, Unit Direktori dan Penempatan Biro Perumahan PERUBATAN Cawangan al-Azhar mengajak ahli yang berkelapangan untuk turun membantu proses perpindahan mengikut batch yang ditetapkan.

Proses perpindahan akan dilakukan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu (mengikut permintaan ahli).

Marilah kita menyumbang tenaga dan masa untuk komuniti PCA yang kita sayangi. Fastabiqul khairat!

“Together We Unite to Serve Community”

Biro Perumahan
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2014/2015.

pindah rumah

ARTIKEL BERKAITAN

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?