MAJALAH WASILAH INFORMASI MAHASISWA ( WasIM )

MAJALAH WASILAH INFORMASI MAHASISWA ( WasIM )

0

Majalah WasIM 1.0 Kini Menemui Ahli-ahli PCA

Anda tertanya-tanya apakah majalah WasIM? Adakah ia hanya sesuai untuk mereka yang kacak? Atau dimuatkan dengan gambar-gambar mereka yang kacak? Jawapannya tidak sama sekali. WasIM, singkatan bagi Wasilah Informasi Mahasiswa adalah sebuah majalah keluaran PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) yang pertama diterbitkan dengan kerjasama Unit Risalah Biro Penerbitan dan Penerangan. Majalah ini menyajikan pelbagai maklumat kepada warga PCA yang mana terasnya adalah al-Quran dan as-Sunnah.

Semasa Daurah as-Soifiyyah Wa at-Thaqafiyyah (DAWA’ 14) di Iskandariah, Alexandria baru-baru ini, Ustaz Wan Mohd Khairuddin Bin Wan Isa menyeru kepada semua pelajar sains kesihatan di Mesir agar memperbanyak bacaan mereka kerana tamadun Islam tidak akan terbina tanpa wujudnya golongan yang mencintai ilmu pengetahuan.

Mekar angsana pandang tak jemu,
bunganya luruh ke dalam raga;
buku laksana lautan ilmu,
dasarnya penuh mutiara berharga.

Semoga kita semua menjadi ahli sains kesihatan muslim yang tinggi thaqafahnya dan tergolong dalam golongan yang memperjuangkan agama Islam yang tercinta ini. Bersama kita dalam arena ini memupuk budaya membaca dalam kalangan warga PCA khususnya.

Harum sungguh bunga kemboja,
bunga karangan cantik tersemat;
janganlah membaca kulit sahaja,
telitilah kandungannya sehingga tamat.

Selamat membaca dan nantikan majalah WasIM 2.0!

Anda boleh dapatkan majalah WasIM 1.0 dalam bentuk softcopy pada link yang tertera :

DOWNLOAD

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?