Kelahiran Putera Tautan Hati.

Kelahiran Putera Tautan Hati.

Hayyu Asyir, 23 Disember- Sonia Athirah binti Jamal, pelajar tahun 2 fakulti perubatan, bersama pasangannya, Wan Fauzi bin Wan Musa kuliah syariah telah pun dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Wan Aliff Asyraf bin Wan Fauzi seberat 2 kg yang dilahirkan secara ‘c-section’.

Sehubungan dengan itu, Biro Kebajikan (BCARE) PERUBATAN Cawangan al-Azhar telah menyampaikan cenderahati daripada unit Tabung Kasih Sayang (TKS) kepada pasangan ini yang diserahkan oleh Nur Syahirah binti Razak, Timbalan Ketua Biro Kebajikan PCA dalam satu ziarah mahabbah yang turut disertai Timbalan Setiausaha PCA, Khairul Bariyah binti Abd Latip dan wakil Unit Baitul Muslim (UBM). Sepanjang ziarah tersebut, banyak perkongsian tentang penjagaan anak, pengurusan pendaftaran surat beranak dan sebagainya menjadi topik hangat perbualan.

Diharapkan semoga dengan sumbangan kecil yang diberikan ini, kebajikan ahli dalam pembinaan baitul muslim (UBM) dijaga.

Di sini PCA ingin merakamkan ucapan tahniah diatas kelahiran yang bermakna ini. Moga-moga dengan kelahiran cahaya mata ini, akan menambah seri rumah tangga yang didirikan khususnya.

Kelahiran Putera

 

ARTIKEL BERKAITAN

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?