MADRASAH IBNU SINA : Hadith 40 Imam Nawawi.

MADRASAH IBNU SINA : Hadith 40 Imam Nawawi.

Antara pengisian Madrasah Ibnu Sina yang pertama semalam, Ustaz Mohd Khairul Abdan telah membincangkan mengenai hadis pertama yang berkenaan dengan niat.

Setiap amal perlu disertai dengan niat yang benar kerana Allah, agar dinilai sebagai ibadah; bukan sekadar adat.

Hadis ini diriwayatkan oleh Saidina Umar dan digelar di dalam hadis ini sebagai ‘Abi Hafsin’ kerana keberanian beliau seperti singa.

Antara peristiwa dan karamah Saidina Umar di Mesir ialah beliau pernah menulis surat dan dicampakkan ke dalam Sg. Nil yang berbunyi,

“Jika engkau mengalir kerana dengan kehendakmu sendiri wahai Nil, maka terserah padamu untuk mengalir atau tidak, akan tetapi jika engkau mengalir hanyasanya dengan izin Allah bukan dengan kuasamu sendiri, maka mengalirlah dengannya”

Perbuatan ini dilakukan untuk menentang adat penduduk Mesir zaman dahulu yang akan memilih seorang anak gadis yang cantik dan melemparkannya ke dalam Sg. Nil sebagai korban apabila air sungai tersebut kering.

Dengan izin Allah, Sg. Nil terus mengalir hingga ke saat ini.

Alhamdulillah, markas Hayyu Sabie’ semalam telah dipenuhi dengan mutiara-mutiara daripada Universiti Al-Azhar yang begitu cintakan ilmu dan insyaAllah akan terus istiqamah untuk menghadirkan diri ke kelas-kelas pengajian pada masa akan datang.

*Unit Tafaqquh dan Thaqafah,
Biro Pembangunan Insan PCA 13/14

ARTIKEL BERKAITAN

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?